Kehidupan peribadi Ainan Tasneem

Ainan merupakan anak ketiga daripada empat beradik dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarganya. Beliau tinggal di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bioproses di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).[9] Walaupun menjadi seorang penyanyi berbakat, Ainan juga bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah.

Ainan berkahwin dengan jurutera Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi dengan hanya sekali lafaz pada 6 Januari 2017, jam 5.55 petang.[10] Pada majlis tersebut Ainan menerima mas kahwin sebanyak RM300 serta lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh hantaran kepada pihak lelaki.[10] Bagaimanapun pasangan tersebut merahsiakan jumlah wang hantaran.[10]

Ainan selamat dinikahkan oleh jurunikah Adib Mahyuz, yang berwalikan bapanya, Dr. Ridzuan Mohd. Sagir dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.[10]

Pada 2 Mac 2018, Ainan dan suami dikurniakan bayi perempuan yang merupakan cahaya mata sulung mereka dan diberi nama Ainan Salsabiela Binti Mohamad Ariffudin, yang membawa maksud 'Mata Air di Syurga'. [11] [12]

Rujukan

WikiPedia: Ainan Tasneem http://amad-jalanan.com/2013/04/biodata-ainan-tasn... http://www.astroawani.com/video-hiburan/ainan-tasn... http://buahmulut.com/xtvt/2011/10/05/temubual-eksk... http://buahmulut.com/xtvt/2012/11/05/150-juta-aina... http://www.mummynemo.com/2012/03/fenomena-penyanyi... http://www.mvmproduction.com/index.php?option=com_... http://sharifdez.com/2012/11/150-juta-ainan-tasnee... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.utusan.com.my/hiburan/ainan-tasneem-kin...